Akaun perkampunganubudiyyah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN DANA SEGERA!


AYUH BANTU PENEMPATAN SAUDARA PEREMPUAN  KITA


RM700,000 MASIH DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN 
PEMBINAAN BANGUNAN ASRAMA 3 TINGKAT BAGI PENEMPATAN PELAJAR PEREMPUAN.





Bangunan asrama 3 tingkat yang akan sedang dibina bakal digunakan untuk anak-anak pelajar muslimah yang menuntut di Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar.  Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar terletak di Lot 797, Kampung Pasir Akar 22000 Jerteh Besut, Terengganu. 

Perkampungan Ubudiyyah ini ditubuhkan pada 2011, dan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Pada masa kini (2022), Pondok Pasir Akar menempatkan pelajar laki-laki dan warga dewasa (pondok orang tua). Silibus pembelajaran adalah tertumpu kepada ilmu agama sepenuhnya. Sekarang penghuni di Pondok Pasir Akar terdiri dari pelbagai peringkat umur, lelaki dan juga perempuan. Penghuni yang berada di dalam pondok lebih kurang 150 orang.



Ada 7 jenis manusia yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak. Salah satunya adalah seperti Sabda Baginda Rasulullah SAW :

"Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya." (HR. Bukhari)




Tujuan  Perkampungan Ubudiyyah dibina adalah untuk membantu penduduk setempat dalam memahami ilmu agama disamping melahirkan anak-anak mahir dalam bidang agama dan pembentukan sahsiah yang baik.  


Ini akan menjadi salah satu saham akhirat yang akan memberikan kita ganjaran pahala yang sentiasa mengalir dan paling dinanti-nantikan adalah pada setiap majlis tahlil dan ilmu akan didoakan kebaikan kepada penyumbang- penyumbang .


 

(Gambar pelajar sedang khusyuk menuntut ilmu).

 

( Pelajar sedang menyantuni murobbi)

 







APA YANG DIPERLUKAN?

Berkat sumbangan serta kegigihan setiap para penyumbang untuk merealisasikan bangunan ini, beberapa proses untuk mendirikan bangunan ini telah berjaya dilakukan iaitu pembinaan tapak, tiang dan bumbung.


Sehubungan dengan itu, pihak Perkampungan Ubudiyyah mengharapkan sekali lagi jasa baik semua pihak bagi membantu seterusnya menyiapkan bangunan ini untuk kesejahteraan serta keselesaan para pelajar yang menuntut di sini.




 

PERKEMBANGAN PEMBINAAN BANGUNAN ASRAMA



 





ILUSTRASI PEMBANGUNAN ASRAMA YANG AKAN SIAP DIBINA.



      Selain bangunan asrama, pihak Perkampungan Ubudiyyah juga memerlukan sumbangan lain bagi pembinaan serta proses seperti dibawah:    


·       Masjid

·       Bangunan Bilik

·       Bilik Pentadbiran

·       Dewan Makan Muslimah

·       Rumah Guru

·       Stor Barang

·       Tandas & Bilik Air

·       Rumah Tetamu

 



Apa yang berlaku sekiranya proses ini tidak dapat disiapkan?


✔  Pelajar tidak dapat menjalani kehidupan pembelajaran di pondok dengan baik

✔  Pelajar perempuan mengalami kesulitan untuk bergerak dan berteduh

✔  Institusi pondok juga akan dipandang rendah

 

Oleh itu, kami mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada para agar setiap pelajar yang menuntut ilmu Allah di sini mendapat keselesaan serta keamanan yang baik dalam mengejar cita-cita mereka seterusnya mendapat pendidikan agama yang sempurna.

 

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:



MAYBANK

5630 2863 4304

DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

 

 *Sila letakkan reference  "Bangunan"   untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

 

Semoga dengan setiap harta dan wang ringgit yang disumbangkan ini akan menghasilkan pahala yang berterusan dan tidak pernah habis buat penyumbang semua.

 




Makluman Tambahan:  


1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran adalah termasuk RM1 caj payment gateway Toyyib Pay.
3.  Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.